out of the despair there is light that lead us to a happiness ever after...

Wednesday, February 9, 2011

pengakhiran..

alhamdulillah..sejak kebelakangan ni,,saya selalu merenung saat-saat hidup saya kembali..masa yang terlampau senggang disamping aktiviti menjahit digunakan untuk mencari ilmu di alam maya..umi pula kadang-kadang kalau free akan buat tazkirah walaupun dalam masa yang pendek..pernah sekali tu,,umi cakap.."kita ni adalah ummat akhir zaman..rasululullah s.a.w (pbuh) bersabda,,apabila tiba akhir zaman,,gigitlah al-Quran dan as-sunnah itu dengan garhammu.."

apabila teringat tentang kata-kata umi ni..hati mula bergetar tidak keruan..betapa teguhnya kita perlu berpegang pada apa yang nabi tinggalkan sekarang...keimanan yang kuat pada Allah dan rasul amat diperlukan untuk menyertai golongan yang terselamat dari azab api neraka..walaupun kita sering diingatkan tentang kiamat,,tapi kita sering terlalai..sebenarnya,,kita betul-betul dah dipenghujung dunia...masyaAllah..antara tanda terlalu dekatnya kiamat ialah,,turunnya imam Mahdi..tapi kita semua tak tahu sama ada imam Mahdi dah turun ke belum..betul tak??jom,,kita kaji apa tanda-tanda sebelum turunnya beliau mengikut hadis-hadis nabi..


"penduduk mesir dan syam akan membunuh para penguasa mereka beserta titah-titahnya.."

mungkin ada diantara kita yang tidak tahu menahu tentang sejarah akan berkata.."alarh...mana ada pemimpin-pemimpin sham dan syria yang pernah dibunuh lagi.."sebenarnya kita silap..!!mari saya bawa anda semua menyingkap sejarah pemerintahan kerajaan-kerajaan arab ini..pada tahun 1981,,pemimpin mesir,,anwar sadat telah dibunuh,,diikuti dengan pembunuhan pemimpin-pemimpin syria,,salah al-din beetar(1920),,drobi pasha(1921),,muhsin al barazi(1949),,king abdullah of jordan(1951),,dan bashir gemayel(1982)..masyaAllah..betapa ramainya pemimpin-pemimpin mereka yang telah dibunuh...(atas sebab apa mereka dibunuh belum dapat diselidik oleh penulis..)

anwar sadat dibunuh pada tahun 1981

"hari kiamat tak akan terjadi sebelum sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas,,yang mendorong manusia berperang..99 orang akan tewas (di dalam pertempuran) dan setiap dari mereka akan berkata: mungkin aku satu-satunya yang akan tetap hidup.."
(HR Bukhari dan Muslim)

menurut para penafsir hadis..hadis ini merujuk kepada aliran sungai eufrat..pada tahun 1975,,pembangunan empangan di sungai tersebut telah menyekat aliran sungai tersebut..hasilnya,,tanah-tanah disekitar sungai eufrat bertambah subur dan menambah jumlah pendapatan rakyat dalam sektor pertanian..inilah yang dimaksudkan dengan 'menyingkapkan gunung emas'..ada juga desas-desus yang mengatakan terdapat gambar dari satelit bahawa terdapat timbunan emas di dasar sg.eufrat..rentetan daripada penemuan ini,,AS mula mengatur strategi dan sandiwara untuk menguasai negara sungai ini...buktinya,,iraq telah diserang dan dilumpuhkan pentadbirannya oleh AS atas alasan yang tidak munasabah...!!

sg.eufrat di Iraq 

apabila diteliti satu persatu,,memang semua tanda-tanda akhir ini benar-benar terjadi...bayangkan,,tanda-tanda ni telah muncul sejak tahun 1920..91 tahun yang lalu..!!dan diikuti dengan tanda-tanda seterusnya..subhanallah...betapa dekatnya kita dengan yaumul hisab...ingin saya kongsikan bersama juga..abang saya pernah berkata,,para ulama' bersependapat bahawa imam mahdi berasal dari palestin dan kemudiannya beliau berbai'ah di makkah..namun istilah 'turunnya' imam mahdi dalam kebanyakan hadis tidak dapat difahami lagi...sama ada 'turun' itu bermaksud dilahirkan atau diislahkan,,wallahu 'alam...

melalui ilmu yang saya dapat ni,,alhamdulillah menjadi peringatan buat hati tiap kali hati mula terpesona dengan godaan-godaan duniawi..memang tak dinafikan,,apabila nampak orang yang tampil bergaya dengan pelbagai jenis fesyen,,terkadang,,hati terdetik untuk tampil demikian...namun,,balasan syurga di sana lebih besar nikmatnya berbanding dengan nikmat yang lebih kecil daripada zarah yang ada didunia ini..tak mahu cakap lebih,,takut diuji allah...moga kita bersama-sama golongan terakhir yang berjuang menentang kebathilan....amiin...

"ya muqallibal qulub..thabbit qulubana 'ala diinik,,wa 'ala tho 'atik.."


~ingatlah duhai hati akan azab yang pedih tiap kali engkau mula terlalai dan terleka..~

No comments: